Pelajar-Pelajar Sekolah Malaysia Menang Tempat Teratas Dalam Semua Kategori Universal Robotics Challenge 2022
- November 8, 2022
- News


TechUp Team
Kuala Lumpur, 8 November 2022 – Tech Up Sdn. Bhd., Tuan Rumah Kebangsaan bagi Universal Robotics Challenge (URC) 2022, telah mengumumkan keputusan pertandingan maya yang menyaksikan murid-murid sekolah Malaysia muncul pemenang tempat pertama dalam kesemua empat kategori pada peringkat antarabangsa.
Dalam acara Idea Contest (kategori Junior), pemenang tempat pertama ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Udang (Ahmad Aiman Danish bin Ahmad Syahir, Muhammad Harith Zaeem bin Hizamuddin, Adam Hariz bin Abdul Halim) dan pemenang tempat pertama Idea Contest (kategori Senior) ialah Sekolah Bina Insan Yayasan MSU (Muhammad Aliff bin Norhamizam, Muhamad Afif bin Muhamad Rizuan and Zulhafidz bin Ngisa).
Manakala, dalam acara Virtual Robotics (kategori Junior) Mi’ Mar Muhammad Sinan bin Hafizulfahmi dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak ialah pemenang teratas dan dalam Virtual Robotics (kategori Senior) Orhan Ghazi Bin Hafizulfahmi dari Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak menang tempat pertama.
Murid-murid ini ialah peserta peringkat akhir teratas pada peringkat kebangsaan sebelum mewakili Malaysia bertanding menentang peserta dari Australia, Chile, China, Colombia, Perancis, Jepun, Hong Kong, Macau, Filipina, dan Korea Selatan. Para pemenang URC 2022 menerima sebuah kit ArtecRobo 2.0 daripada Artec Co., Ltd. URC 2022 tahun ini mencatat sejumlah 81 peserta dalam acara Idea Contest dan 655 peserta dalam acara Virtual Robotics pada peringkat pusingan kebangsaan Malaysia.
Dianjurkan oleh Artec Co., Ltd. dari Jepun, Universal Robotics Challenge ialah pertandingan robotik peringkat antarabangsa bagi murid sekolah rendah dan menengah rendah. Acara tahun ini dihoskan secara rasmi oleh Jawatankuasa Eksekutif Universal Robotics yang terdiri daripada 38 orang hakim dari 14 negara. Pusingan penilaian projek peringkat antarabangsa dimuktamadkan pada Oktober.
Etsu Fujiwara, Ahli Jawatankuasa dan Presiden Artec Co., Ltd. berkata, “Sambil kita terus merasa kesan pandemik COVID-19 sehingga tahun ini, kami bersyukur masih dapat menganjurkan Universal Riobotics Challenge kami walaupun dalam format secara eksklusif dalam talian. Tema kami tahun ini berkisar pada keselamatan trafik. Sukar menyorokkan rasa terkejut saya terhadap kesedaran keselamatan yang tinggi dan kepintaran yang ditampilkan hasil kerja setiap peserta. Saya berasa bangga memikirkan pertandingan ini dapat mendorong peserta kami berkembang maju dalam dunia kita yang sentiasa berubah. Tahniah kepada semua pemenang dan semua peserta URC 2022, teruskan keghairahan dan terus belajar!”
Sebagai Tuan Rumah Kebangsaan, Ainaa Rosli, CEO Tech Up berkata, “Tech Up ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta URC 2022 tahun ini, terutamanya sekolah dan peserta kali pertama yang berani mengambil langkah pertama mempelajari robotik dan menggunakan STEM. Kemenangan SK Sungai Udang dalam Idea Contest tahun ini hasil usaha bertahun-tahun. Sekolah ini memulakan langkah dalam robotik dengan menyewa sebuah set ArtecRobo. Mereka kemudian mendapat sebuah set ArtecRobo percuma melalui program Robot4School yang dianjurkan oleh Tech Up Kids Learning pada 2020. Kejayaan mereka hari ini adalah contoh ketekalan dan dedikasi sekolah, guru, dan pelajar selama 3 tahun!”
Dalam Idea Contest, peserta diminta mencipta projek menggunakan set ArtecRobo sebenar dan memuat naik videonya di YouTube, dan dalam Virtual Robotics, pelajar diuji kemahiran mengaturcara menggunakan perisian simulator robotik dalam talian di pelayar sesawang.
“Tech Up juga berasa sangat bangga kerana perisian yang kami telah bangunkan, GoTechUp x ArtecRobo, dipilih sebagai perisian rasmi Virtual Robotics untuk kali kedua oleh URC. Perisian tergamifikasi untuk URC 2022 telah dibangunkan dengan tema berkisar pada keselamatan trafik yang membolehkan murid merancang strategi dan menghabiskan misi sambil menggunakan konsep pengaturcaraan robotik ArtecRobo,” tambah Ainaa.
Sejak dimulakan pada 2017, tahun ini pertama kali URC mendapat peserta dari negara-negara Amerika Latin seperti Colombia dan Chile di samping peserta baru dari China dan Filipina. Artec Co. gembira dengan peningkatan sambutan dan berharap lebih banyak lagi akan turut serta dari Kanda, Mesir, Mexico, Arab Saudi, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
You might also enjoy

Murid dari Malaysia dominasi URC 2022, muncul tempat pertama dalam empat kategori
Back to all Murid dari Malaysia dominasi URC 2022, muncul tempat pertama dalam empat kategori Menjadi kebanggaan buat warga pendidikan negara apabila anak didik mereka

Malaysian students win top prize at Universal Robotics Challenge 2022
Back to all Malaysian school pupils emerged as first-place winners in all four categories at the Universal Robotics Challenge (URC) 2022 Tech Up Sdn. Bhd.,

Pelajar sekolah Malaysia menang tempat teratas semua kategori Universal Robotics Challenge 2022
Back to all KUALA LUMPUR: Pelajar beberapa sekolah Malaysia muncul pemenang tempat pertama dalam kesemua empat kategori pada peringkat antarabangsa pertandingan maya Universal Robotics Challenge
Malaysian Students Win Top Positions in All Categories at Universal Robotics Challenge 2022
Back to all Competition drew participants from 11 countries; Malaysian-made GoTechUp x ArtecRobo was official software for URC 2022 Kuala Lumpur – 8 November 2022

Pelajar-Pelajar Sekolah Malaysia Menang Tempat Teratas Dalam Semua Kategori Universal Robotics Challenge 2022
Back to all Kuala Lumpur, 8 November 2022 – Tech Up Sdn. Bhd., Tuan Rumah Kebangsaan bagi Universal Robotics Challenge (URC) 2022, telah mengumumkan keputusan pertandingan

Accelerating Malaysia Industry Forward Agenda: Closing the Fundamental Gap in Future Workforce Digital Skill
Back to all Putrajaya, 11 June 2022– Tech Up Sdn Bhd today signed a Memorandum Of Collaboration “(MoC”) with Malaysia Industry Forward Association (MIFA) to